Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan lagi oi!!!!!!!

Dah lama betol aku tak jejak kaki ke masjid. Aku mengaku dahdekat 2 bulan aku tak pergi sembahyang jumaat. Nie sume pasal karier gua yang mendesak gua untuk ponteng sembahyang jumaat. Tapi tu bukan alasan brader. Lu nak jawap depan malaikat macam tu ke???? nak kene libas dalam kubur nanti????

Tergerak hati aku nak ke masjid sembahyang tarawikh malam tadi mase aku tengah mandi(boleh pulak macam tu). Gua siap2 je nak turun, dengan konfiden dan hati yang penuh khusyuk terus pegi masjid. Sampai je gua agak terkejut sebab tengok masjid full dow!!!!! Biasalah malam first orang memang nak feel lebih. tengok la malam yang tengah2 konfem tok imam dengan tok bilal je yang lain harammmmmm tak nampak batang hidung. Gua yang dah sedia lambat terus menyelit masuk saf padahal time tu orang dah start buat tarawikh dah. Miss pulak sembahyang Isyak berjemaah. Takpe. habis je salam rakaat ke brape ntah, aku terpusing belakang dan nampak kelibat bungkusan putih. Relax la mana ade hantu bulan pose ni. Kelibat putih tu maksudnye bekas polisterin yang mungkin dalam bayangan gua tak nasi dagang mesti nasi lemak kampung baru ni hehe. Gua dah rancang strategi nak rembat satu sekali dengan desssert ikut tepi sebab aku nampak pisang pulak. Sial betol niat nak semayang tadi dah jadi niat nak mentekedarah pulak. Diorang ni betol lah nak letak makanan pon letak la jauh2 sikit. Kat tempat mandi jenazah ke. Takut jugak orang nak amik. Habis je solat witir, gua straight gerak nandos jumpa bos gua. Ade la hal sikit. Pastu sangkut pulak kat kedai melepak dengan bebudak ni.

Sampai sekarang niaku rase serba salah sangat dengan diri aku. Macam2 problem datang. Aku macam dapat klu yang sume ni sebab aku dah jauh sangat dari tuhan. Sibuk dengan kerja, girlpren, kawan-kawan...buat aku lupa tentang kewajipan aku sebagai hamba. Bukan aku nak tunjuk baik atau poyo bagai pulak tapi aku rase macam sayu je mase kat masjid tadi. Terima kasih ya Allah sebab memberikan aku peluang untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan ni. Aku berjanji akan sedaya upaya memenuhi masa aku di bulan ini untuk mencari sebanyak mungkin keredhaan mu. Buat kekasih ku Rosnani Tasha, maaf sebab tak dapat solat tarawikh bersama. Sekarang ni tengah merajuk dengan guala ni. Gua gerak dulu la nak pujuk bini gua jap. ok see youuuuuuuuuuuuuuu