Monday, May 9, 2011

Superb come back!

eh hai. ok la bye hahahahaha. gile lame tak tulis kat blog. tu la mengade orang nak buat blog kau nak buat jugak. hah padan muke buat semak je kat blogspot. tak nak cite banyak besok gua kene bangun pagi sebelom subuh sebab kelas gua pukul 7 morning. dah seminggu gua tuang morning roll call ni. brader zul pon dah naik berbulu dengan sikap gua yang bagai melepas kan batuk di tangga ( aku tak paham ape jadah maksud pepatah ni). So, gua nak check out dulu. Tapi gua teringat pasal siang tadi. Satu gang mamat cadet pilot yang macam good2 lepak kat kafe tempat gua study. Hek eleh brader, stakat lu perabis duit mak bapak lu, lu keluar takde keje baik lu pegi keje 7 eleven la. Gua bukan jeles tapi diorang ni tak faham hakikatsebenar yang private cadet pilot tak diperlukan dalam arena industri aviasi masa kini chewah. baik lu belajar kulinari untung2 boleh jadi chefwan. DAAAAAA

P/s; tak sabar betol nak dapat tiket free boleh gua pegi singapore dengan awek gua muhahahaaaa

Monday, November 1, 2010

Pengenalan Etiqa Takaful

Haa aku sekarang sedang running satu bisnes iaitu bisnes insurans. Nampak macam tak masuk dengan diri aku. Tapi itulah aku. Tak pernah takut mencuba sesuatu yang baru. Kenapa tidak. Aku harus mencuba. Korang pun kene cuba. Kalau berminat boleh la call aku 017-4845424. Aku tak sempat nak update banyak. Malas la pulak dengan internet yang macam haram kelajuannye. Huh, ape lagi. Contact la gua. Malang tidak berbau. beli insurans lu orang boleh relax nak langgar lori tayat 14 pon takde hal. mati pon tak menyusahkan orang. At least ade la duit nak bagi kat mak bapak. Nanti gua post lagi. Tak larat nak tulis dah. As salam

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan lagi oi!!!!!!!

Dah lama betol aku tak jejak kaki ke masjid. Aku mengaku dahdekat 2 bulan aku tak pergi sembahyang jumaat. Nie sume pasal karier gua yang mendesak gua untuk ponteng sembahyang jumaat. Tapi tu bukan alasan brader. Lu nak jawap depan malaikat macam tu ke???? nak kene libas dalam kubur nanti????

Tergerak hati aku nak ke masjid sembahyang tarawikh malam tadi mase aku tengah mandi(boleh pulak macam tu). Gua siap2 je nak turun, dengan konfiden dan hati yang penuh khusyuk terus pegi masjid. Sampai je gua agak terkejut sebab tengok masjid full dow!!!!! Biasalah malam first orang memang nak feel lebih. tengok la malam yang tengah2 konfem tok imam dengan tok bilal je yang lain harammmmmm tak nampak batang hidung. Gua yang dah sedia lambat terus menyelit masuk saf padahal time tu orang dah start buat tarawikh dah. Miss pulak sembahyang Isyak berjemaah. Takpe. habis je salam rakaat ke brape ntah, aku terpusing belakang dan nampak kelibat bungkusan putih. Relax la mana ade hantu bulan pose ni. Kelibat putih tu maksudnye bekas polisterin yang mungkin dalam bayangan gua tak nasi dagang mesti nasi lemak kampung baru ni hehe. Gua dah rancang strategi nak rembat satu sekali dengan desssert ikut tepi sebab aku nampak pisang pulak. Sial betol niat nak semayang tadi dah jadi niat nak mentekedarah pulak. Diorang ni betol lah nak letak makanan pon letak la jauh2 sikit. Kat tempat mandi jenazah ke. Takut jugak orang nak amik. Habis je solat witir, gua straight gerak nandos jumpa bos gua. Ade la hal sikit. Pastu sangkut pulak kat kedai melepak dengan bebudak ni.

Sampai sekarang niaku rase serba salah sangat dengan diri aku. Macam2 problem datang. Aku macam dapat klu yang sume ni sebab aku dah jauh sangat dari tuhan. Sibuk dengan kerja, girlpren, kawan-kawan...buat aku lupa tentang kewajipan aku sebagai hamba. Bukan aku nak tunjuk baik atau poyo bagai pulak tapi aku rase macam sayu je mase kat masjid tadi. Terima kasih ya Allah sebab memberikan aku peluang untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan ni. Aku berjanji akan sedaya upaya memenuhi masa aku di bulan ini untuk mencari sebanyak mungkin keredhaan mu. Buat kekasih ku Rosnani Tasha, maaf sebab tak dapat solat tarawikh bersama. Sekarang ni tengah merajuk dengan guala ni. Gua gerak dulu la nak pujuk bini gua jap. ok see youuuuuuuuuuuuuuu

Thursday, July 1, 2010

Saya masih newbie lah

gua rasa macam ade yang tak best je dengan blog gua ni. May be deco macam haram kot. Tak terer lagi. Gua tangah try explore la ni. Nampak sangat gua ketinggalan zaman la. Tapi kalau nak compare gua dengan fathi,uzair dan zai, gua lagi up to date kot hehe.

Bukan gua nak buat blog sebab nak tunjuk up to date ke haram jadah ape, tapi gua nak story masalah gua, isi hati gua....gua tak tau la macam mane. Blog ni la tempatnya. Serious shit gua cakap lu, bile gua tulis je rasa macam lapang je dada. Kalau combo lagi dengan semayang tahajud perghhhh lagi masuk beb. Tak kisah la ade orang bace ke tidak, janji gua senang hati sebab nie blog gua suke hati gua lah!!!!!!!!!!!

Second chance

Hari rabu hari tu, mase gua nak gerak hantar order customer kat bukit jalil, henset burok gua berbunyi maksudnya ade orang call lah. Gua dengan bersahaja terus angkat call dengan suara ala2 aaron aziz dalam cite kl drift tu.

Orang yang call aku(OYCA) : "Hello, Nie encik Muhammad Nassaruddin ye"

Aku : Ye la bodo. Dah ko call nombor aku tak kan bapak kau pulak yang angkat......hehe gurau2. tak kan aku nak cakap cam tu. Aku ni kan berbudi bahasa. Nie yang betol.."yea saya"

OYCA: Saya dari Malaysia Airlines nak bagitau yang encik telah diterima masuk ke program perintis Trainee Junior Technician(TJT) kami.

Gua senyap kejap. Nak kate happy pon ade, terkejut ade, nak terkentut pon ade. Tapi gua relax lagi. Yela rider mesti la relax kan. FYI, gua dah pegi IQ test dan Interview dulu dan alhamdulillah gua lepas dengan bergaya. Tapi gua ade masalah sikit pasal benda ni. Gua kene daftar hari isnin(diorang call aku hari rabu petang). Actually, orang mas tu kate lah gua ni intake Oktober tapi di sebabkan sorang mamat intake Julai dah withdraw offer sebab mabuk laut(ape kene mengena sial???), nama gua telah di-carry forward-kan ke intake Julai.

Orang Mas tu nak gua bagi die confirmation pasal benda ni la. Konfem la gua nak tapi gua belom settle pape lagi dengan UiTM pasal gua nak berenti. Siap orang Mas tu nak manage-kan medical check-up gua lagi kalau gua setuju dan sign surat2 akujanji sikit. Yela mana la tau tibe2 je gua buat keje gile time2 tengah takde duit pegi jual enjin kapal terbang kat besi burok hehe.

Yang bestnye, brader Mas tu dah bagi jaminan kat gua even gua tolak nak di carry forward kan ke intake Julai, nama gua untuk intake October still secure. Dekat 2,3 kali gak gua tanya. brader tu pon macam dah berbulu je dengan gua. Eh, lapar pulak. Jap aku nak turun bawah makan kat mamak bawah tu. Chow




Saturday, June 5, 2010

New born.....

selamat datang kepada diri gua sendiri hehe. Baru nak start buat blog. Gua rasa nie la tempat gua nak luahkan perasaan gua. Tunggu next post gua. Gua kasi gegar beb.sekejap sahaja